"Dan Dialah yang menurunkan hujan...Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk,rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman." -Surah Al-An'am:99
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga.
Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.
Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa meminum Jus Buah Delima setiap hari dapat membantu memperbaiki perjalanan darah, mengurangkan tekanan pada pembuluh darah dan memelihara jantung. Ia juga mempunyai antioksida yang sangat kuat bagi melawan kanser - Dr. Hasan Mukhtar, University of Wisconsin Medical School.
Info berguna layari:
http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=218
KB474 CARS PYJAMA
8 years ago
No comments:
Post a Comment